top of page

Pengenalan

National Conference on TVET for Undergraduate Students (NCTS 2023) ialah sebuah persidangan yang dikhaskan untuk pelajar politeknik. Penganjuran persidangan NCTS kali ketiga ini merupakan gandingan Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK bersama Politeknik Ibrahim Sultan, PIS dan tiga buah politeknik lain iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah.

 

Tujuan utama persidangan ini direncanakan adalah bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar politeknik Malaysia. NCTS 2023 juga dilihat sebagai satu platform yang terbaik bagi perkongsian pengetahuan dan pengalaman, dan bagi mengetengahkan idea serta hasil penyelidikan pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu. Matlamat ini mampu direalisasikan dengan pembentangan dan penerbitan hasil penyelidikan pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi politeknik yang terlibat.

 

Persidangan ini bukan sahaja memfokuskan ke arah revolusi industri 4.0, malah ianya juga menekankan kepada perkembangan kemahiran berfikir dan teknikal yang tinggi kepada para peserta. Ia turut menekankan pentingnya memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi digital. Usaha kolaborasi yang dijalankan oleh pihak politeknik dalam pelbagai bidang dapat membuka lebih banyak peluang yang cerah kepada semua pelajar dan seterusnya menjadi salah satu penyumbang kepada kerancakan ekonomi negara.

Engineering Plans

Objektif

  1. Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi

  2. Menggalakkan penyebaran ilmu dan pertukaran maklumat hasil penyelidikan

  3. Menyediakan platform bagi perkongsian pengetahuan dan pengalaman

  4. Mengetengahkan idea dan hasil penyelidikan pelajar ke pengetahuan umum

  5. Menjayakan halatuju Blueprint SmartGreen PolyCC melalui pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDGs) antaranya Quality Education, Partnership for the goals, dan Industri, Innovation and Infrastructure

Tema

“Kelestarian Pendidikan TVET Dipacu oleh Ekosistem Penyelidikan”

Pink Showcase

Bidang

  1. Komunikasi Visual dan Media Baharu

  2. Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti

  3. Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan)

  4. Teknologi Pengurusan Fasiliti

  5. Teknologi Kejuruteraan Awam

  6. Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan)

  7. Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif)

Poster-01 (11 April).png
bottom of page